Khamis, 30 Mei 2013

KARAOKE KARNIVAL KRAF PERLIS 2013


Arifah Bt Ya, mendendangkan lagu Gelisah

DJ Wan mendendangkan sebuah lagu hindustan
Mohd Hanif mendendangkan lagu Gerhana


DJ Wan, Mohd.Haniff  Baharum dan  Ali Abdul Khalid muncul penyanyi hebat pada persembahan Karaoke Karnival Kraf Perlis 2013 baru-baru ini.
DJ Wan mendendangkan lagu Hindustan berjudul Bhari Duniya manakala Mohd. Haniff pula menghiburkan pengunjung karnival kraf malam itu dengan lagu Gerhana sementara Ali  menyanyikan lagu Bunga Larangan.
Seramai 10 peserta mempersembahkan  nyanyian masing-masing bagi merebut tempat sebagai penyanyi  terbaik  sempena Karnival Kraf Perlis 2013.



Sabtu, 18 Mei 2013

PELANCARAN PROGRAM PENGGUNA SIHAT,PENGGUNA BIJAK OLEH EXCO KERAJAAN NEGERI TUAN SABRY AHMAD





Pelancaran Pasar Tani Wajah Baru/ Jimat Belanja Dapur dan Program Ketuk-Ketuk Ramadhan Peringkat Negeri Perlis oleh EXCO Kerajaan Negeri Tuan Abdul Jamil Saad

YB Abd Jamil bersama pengarah FAMA Perlis Encik Muslim Manja 
dan Pengerusi Penyanyang Kangar,Puan Marzita Mansor menjadi tetamu
pelakon Shiela Rosli dalam rancangan Ketuk-ketuk Ramadhan


Tuan Abdul Jamil Saad kiri bersama En.Muslim Manja melancarkan
Banner Pasar Tani wajah baru,di Dataran Sena,Kangar

Tuan Abdul Jamil Saad dan Puan Marzita Mansor, menikmati masakan 
Shiela Rosli

Jumaat, 17 Mei 2013

ISTIADAT PENGANUGERAHAN DARJAH DAN PINGAT KEBESARAN SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN YANG KE - 70 DYMM TUANKU RAJA PERLIS PADA 17 MEI 2013


DYMM Tuanku Raja Perlis menerima tabik hormat

Antara para jurugambar media bertugas di hari keputraan DYMM Tuanku Raja Perlis

Dhif-dhif terhormat yang turut hadir di upacara hari keputraan DYMM 
Tuanku Raja Perlis

Wartawan media tempatan sibuk bekerja 

Menerima taniah Naib Canselor UNIMAP 
Brig.Jen.Dato' Prof Dr.Kamarudin Hussin
menerima taniah dari Isteri diatas penganugerahan darjah Dato' Paduka Mahkota Prlis 
(DPMP) yang membawa gelaran Dato' 


Ketua Polis Perlis SAC Zul Aznam Harun menerima taniah Isteri tersayang
diatas penganugerahan  darjah Dato' Paduka Mahkota  Perlis (DPMP) yang membawa gelaran Dato'



Khamis, 16 Mei 2013

EXCO, TIGA MUKA BARU

Khairi Hasan,mengangkat sumpah sebagai Exco Hal Ehwal Agama 
dan Pembangunan Sumber Manusia


Mat Hasan, mengangkat sumpah sebagai Exco Perumahan
dan Kerajaan Tempatan,Perkhidmatan Bandar ,dan Pembagunan Penjaja
dan Peniaga Kecil

Puan Hjh Rela mengangkat sumpah sebagai Exco 
Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat,Kebajikan Masyarakat
dan Perpaduan Masyarakat

Barisan EXCO yang baru dilantik bergambar bersama  Tuanku Raja Perlis

Selasa, 14 Mei 2013

Assalamualaikum kepada pengunjung blog Warna Sari.Kami disini ingin memberitahu anda semua
bahawa kami disini ada menawarkan perkhidmatan fotografi untuk semua  majlis dengan harga paling minima.
Jika berminat sila hubungi AKA:012-4469077 atau Email kami: scha_shuhada@yahoo.com
atau anda juga boleh datang ke alamat kami :
Kompleks Perniagaan Seriab,
No 3, Jalan Satu,
01000, Kangar
Perlis.

SEMINAR KEPENGGUNAAN PENJAWAT AWAM DAN MAJLIS PERLANCARAN BULAN PENGGUNA,PERLIS

Antara peserta Seminar Kepenggunaan Penjawat Awam

Timbalan Pengarah PPDNKK,Perlis Razali Lebai Saleh sedang berucap
di majlis perlancaran Bulan Pengguna,di negeri Perlis

Penerima Anugerah Bulan Pengguna Negeri Perlis 
-Junaida Mat.Ishak( dua dari kiri)
-Sabariah Saad ( tiga dari kiri)
-Mohd Nor Chin( tiga dari kanan)
dan Adilah Muhamad Nor ( dua dari kanan)

Penceramah Seminar Kepenggunaan, Shamsudin Mohd. Fauzi( kanan)
menerima Cenderamata

Pelancaran Sambutan Bulan Pengguna Peringkat Negeri Perlis 2013.Bagi meningkatkan kesedaran orang ramai di negeri Perlis khususnya mengenai pelindungan kendiri dan hak juga tanggungjawab sebagai pengguna,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perlis menganjurkan Sambutan Bulan Pengguna 2013 di Hotel Putera Palace, Kangar.

Bertemakan Kuasa Pengguna, Satu Pengguna dan Satu Suara, sambutan diadakan bertujuan memberi kesedaran mengenai hak yang perlu diketahui pengguna.

Berucap ketika merasmikan majlis Pelancaran Bulan Pengguna Peringkat Negeri Perlis, Timbalan Pengarah KPDNKK Perlis, Ghazali Lebai Salleh berkata tahap kesedaran penggunayang tinggi dapat melahirkan masyarakat yang bijak bagi membuat perbandingan harga terhadap barangan yang ingin dibeli.

Menurutnya, ini sekaligus itu juga dapat membantu KPDNKK menangani kes penipuan seperti skim cepat kaya, gores dan menang di samping membanteras penyelewengan yang boleh
menjejaskan ekonomi negara. Ia juga pada masa sama dapat memastikan aspek konsumeriseme di negeri ini dilaksanakan dengan lebih tersusun dan sistematik.

Berdasarkan statistik yang direkodkan KPDNKK Negeri Perlis sejumlah 34 kes diterima Tribulan Tuntutan Pengguna diterima sehinggga April tahun ini berbanding 142 kes pada 2012 dan 113 kes pada 2011.

Ghazali berkata, ia secara tidak langsung memberi gambaran bahawa masyarakat di negeri ini semakin peka akan hak dan kepentinan mereka sebagai pengguna.




Isnin, 13 Mei 2013

Majlis Gotong Royong & Perasmian Kenderaan Kutipan Sisa Pepejal Peringkat Negeri Perlis




RAJA MUDA PERLIS TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA  JAMALULAIL
BERSALAMAN DENGAN KAKI TANGAN ENVIROMENT IDAMAN PADA MAJLIS GOTONG ROYONG
DI KUALA PERLIS

GOTONG-ROYONG
KANGAR, 13 Mei -Keadaan kebersihan di kawasan Kuala Perlis semakin meningkat ekoran
kesedaran masyarakat dan pelancong.
Ini selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri dalam usaha menjadikan
Perlis sebuah negeri yang bersih dan maju menjelang 2015.
Pelbagai inisiatif diambil pihak yang bertanggungjawab dalam usaha
menjadikan kawasan Kuala Perlis  sebagai destinasi pelancongan supaya
bebas dari masalah sampah.
Antaranya melalui program Gotong-Royong Perdana anjuran Syarikat
Konsesi Environment Idaman(ENVI) dengan kerjasama Kerajaan Negeri
Perlis.
Majlis dirasmikan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra
Jamalullail.
Baginda bertitah, masyarakat harus mempunyai sikap sayangkan alam
sekitar dan perlu sentiasa berusaha memastikan ianya bersih dan selesa
untuk semua.
Pada majlis yang sama, Tuanku Raja Muda turut melancarkan dua
kompaktor baru ENVI bagi mempercepatkan kerja-kerja pengutan sampah di
sekitar negeri ini.
End.

Pemuda Minta Najib Pertimbang Jawatan Kabinet Untuk Ahli Parlimen BN Dari Perlis

Ketua Pemuda Negeri bersama wakil-wakil pemuda UMNO
Kangar,Padang Besar dan Arau pada sidang media
di Hotel Putra Palace Kangar

Para wartawan membuat liputan sidang media Ketua Pemuda 
UMNO Negeri , Mokhsin Yusof

Ketua Pemuda UMNO Negeri Mokhsin Yusof pada 
sidang media meminta PM melantik tiga Ahli Parlimen Perlis
meanggotai Kabinet barunya


Sabtu, 11 Mei 2013

Sambutan Ulang Tahun Ke-67 UMNO

Sebahagiaan ahli Pergerakkan Wanita UMNO Bahagian Kangar
hadir pada majlis ulang tahun UMNO Ke-67 
di Kangar

Menyanyikan lagu UMNO

Kelihatan Dato' Seri Radzi (kiri),
Ab.Jamil Saad, Dato' Seri Md Isa Sabu (3 dari kanan),
dan berdoa untuk kesejahteraan parti sempena ulang tahun Ke-67

Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis Dato' Seri Md.Isa Sabu
berucap

Tukang masak (kanan) menyediakan menu daging kambing untuk hadirin
di majlis Ulang Tahun UMNO Ke-67